Cinta itu gratis, indah dan menarik jika kita bisa mengartikannya dengan betul.Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira karena itu.
Namun, dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan
yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam
cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi
bagi yang bijaksana mereka bisa mendapatkan semuanya tanpa berbuat dosa dan tidak menodainya
- Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
- Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma
manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta
kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya
setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya
cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta
itu suci murni serta putih bersih.
- Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawabkan karena cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai dalam arti tidak menyerah diri untuk melakukan zina
- Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
- Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila
dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang
paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak
itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya
menerima tapi juga menerima.
- Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
- Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
- Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta
ada segala-galanya.Sayang,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta
itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
- Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
- Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda
terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan
yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya
manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa
saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik
serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu
sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun
seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan kecuali jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta, maka anda bisa mengalahkan nafsu tersebut
- Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Banyak orang
percaya bahwa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mau.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka
cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mau,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia maukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merusakkan diri kekasih yang
dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
Tidak ada komentar:
Posting Komentar